Kemahiran Komunikasi Bukan Lisan: Satu Kajian Terhadap Guru Pelatih Bukan Opsyen dalam Pengajaran Bahasa Arab
Nonverbal Communication Skills: A Study Among Non-Option Trainee Teachers in Teaching Arabic Language
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v3i2.29Keywords:
Kemahiran KBL, Pengajaran Bahasa Arab, Guru Pelatih Bukan Opsyen, Nilai TambahAbstract
Communication skill is a vital element that every teacher needs to master when conducting teaching activity. Nonverbal communication (NVC) has been identified as an element in teaching skills that helps teachers to improve the quality of their teachings as well as the students' interest and motivation. Hence, this study is conducted to explore the mastery and practices of non-option trainee teachers in NVC skills in teaching Arabic. This study adopted a qualitative approach through observation and document analysis as the main instrument of the study. Seven participants from Islamic Education program at Selangor International Islamic University College were involved in this study. Those semester six trainee teachers are currently undergoing training at schools. The data was analyzed using NVIVO software to elicit appropriate themes in order to determine the importance of NVC skills in teaching. The finding showed that trainee teachers were lack of NVC skills while conducting Arabic teaching. The implication of the study suggests that NVC should be made as communication elements that must be mastered by trainee teachers and applied in teachers’ training program. Also, a specific course on NVC needs to be designed by institutions that offer educational program out of their obligatory courses. This skill not only enhances the competency of non-option trainees in Arabic teaching but also becomes added value to them as Arabic is not their major program.
Abstrak
Kemahiran komunikasi merupakan suatu elemen penting yang perlu dikuasai oleh setiap guru ketika melaksanakan aktiviti pengajaran. Komunikasi Bukan Lisan (KBL) telah dikenalpasti sebagai satu elemen dalam kemahiran mengajar yang membantu guru mempertingkatkan kualiti pengajaran serta minat dan motivasi murid. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka penguasaan guru pelatih bukan opsyen dalam kemahiran KBL dan amalannya dalam pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kualitatif yang dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen sebagai instrumen. Peserta kajian melibatkan tujuh orang guru pelatih semester enam program Diploma Perguruan Pendidikan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang sedang menjalani latihan praktikum di sekolah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO untuk mendapatkan tema-tema yang sesuai bagi menentukan kepentingan kemahiran KBL dalam pengajaran tersebut. Dapatan menunjukkan guru pelatih kurang menguasai kemahiran KBL ketika melaksanakan pengajaran Bahasa Arab. Implikasi kajian pula menjelaskan bahawa KBL seharusnya dijadikan elemen komunikasi yang wajib dikuasai oleh guru pelatih dan perlu diterapkan ke dalam program pendidikan guru. Satu kursus spesifik tentang KBL perlu dibina oleh pihak institusi yang menawarkan program pendidikan untuk guru pelatih semasa mereka mengikuti program perguruan tersebut. Kemahiran ini bukan sahaja dapat meningkatkan kompetensi guru pelatih dalam pengajaran Bahasa Arab malah memberi nilai tambah kepada mereka kerana Bahasa Arab bukan opsyen pilihan.
Downloads
References
Abdul Rahim Abd Rashid. (2001). Cabaran Profesionalisme Perguruan dalam Era K-Ekonomi [Challenges for Teaching Professionals in the K-Economi Era]. Masalah Pendidikan, 24, hlm. 53-72.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang. (2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar dan Masalah yang dihadapi Guru-guru Pelatih Program Pensiswazahan Guru untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa Praktikum. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 599-608 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Al-Arini, A.B.A.B.S.A.A. (2001). Mada Tawafur Maharat Al-Ittisal Ghair Al-Lafziah Lada Hai’ati Al-Tadris Fi Kulliati Al-Ulum Bi Jaamiati Al-Qasim Min Wajhati Nazari Al-Talabah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Denmark: Akademi Pengajian Arab: Denmark.
Canan P. Zeki. (2009). The Importance of Non-verbal Communication in Classroom Management. World Conference on Educational Sciences 2009. Procedia Social and Behavioral Sciences 1 (2009) 1443–1449.
Floyd, K. (2009). Interpersonel Communication (2nd ed.). New York: Mc Graw Hill Inc.
Gholipour A. (2007). Pathology of teacher-student relationship from the perspective of teachers and secondary students in the city of Parsabad. Ardbil: Department of Education Ardebil; Persian.
Hashim Deraman, Suhaimi Yusof, Ruslei Abdullah & Shaari Nawi. (2002). Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam A.B.B. Sulaiman Md. Yasin, Mohd Salleh Lebar. (Ed), Komunikasi dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam: Karisma Publications.
Hassan Basri. (2005). Daripada Tradisi ke Inovasi dalam Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia: Dilema Pelaksanaannya dalam Pedagogi Merentas Kurikulum. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kauffan,J.M., Mostert, M.P., Trent, S.C. dan Hallahan, D.P. (1998). Managing Classroom Behavior : A Reflective case-based Approach (2nd ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Kendon, A. (1981). Nonverbal Communication: Interaction and Gesture. The Hague: Mouton Publisher.
Ketut Adnyana Putra. (2016). Memantapkan Penerapan Gestur Calon Guru Dalam Pembelajaran Untuk Meningkatkan Keterampilan Mengajar Pada Mata Kuliah Micro Teaching Mahasiswa Semester VI PGPAUD UNDIKSHA. Jurnal Santiaja Pendidikan, Vol 6 No 2.
McCroskey, J. C., & Richmond, V. P. (2000). Nonverbal Behavior In Interpersonal Relations (4th ed.) BOSTON: Allyn & Bacon.
Mohammad Shatar, Jasni Sabri dan Azali Mohamed. (2006). 19 Tip Pendidik Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Sahandri Gani Hamzah , Ramli Basri & Shafie Mohd Daud. (2010). Karakter Guru Ilmu Diagung Guru Disanjung. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Dalam Mempertingkatkan Kualiti Pengajaran Guru-guru. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1 Isu 1.
Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kompenen 3 : Profesionalisme Keguruan Sekolah Rendah). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Naffi Mat. (2011). Dilema Guru: Kerjaya yang Saya Pilih Bukan Kerana Dipilih. Kuala Lumpur : PRIN-AD SDN. BHD
Noor Shamshinar Zakaria. (2016). Cabaran Guru Bukan Opsyen Dalam Pengajaran Bahasa Arab: Satu Kajian Terhadap Guru Pendidikan Islam Di Beberapa Sekolah Rendah Agama Di Daerah Hulu Langat Selangor. Monograf. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Nordin Halias, Zawawi Ismail & Harun Baharudin. (2017). Komunikasi Bukan Lisan dalam Pengajaran Bahasa Arab. UKM, Bangi Selangor
Nurul Salmi Mohd Dazali & Mohd Isha Awang. (2014). Tahap Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Ipta Di Utara Semenanjung Malaysia 4T(Communication Skill among Undergraduate Students of Education in Northern Malaysia), Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 44-56.
Stella Muchemwa. (2013). Use of Nonverbal Communication in the Classroom as a Way of Enhancing Classroom Teaching: A Case Study of Solusi High School, Zimbabwe. Procedia - Social and Behavioral Sciences 103 ( 2013 ) 1279 – 1287. 13th International Educational Technology Conference.