Kelestarian Motivasi Pembelajaran Sepanjang Hayat Guru Bahasa Arab di Era Pendidikan Digital
Sustainability of Lifelong Learning Motivation of Arabic Teachers in The Era of Digital Education
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.172Keywords:
Cabaran PED, GBA, Motivasi PSH, KonsistensiAbstract
Motivasi pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merujuk kepada dorongan dalaman diri atau dorongan dari luaran atau persekitaran yang mendorong seseorang untuk belajar secara berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, keterampilan dan kefahaman dalam sesuatu perkara. Seseorang yang memiliki motivasi PSH sentiasa mencari peluang untuk belajar sama ada melalui pembacaan, mengikuti kursus, menghadiri seminar dan sebagainya. Motivasi PSH perlu bagi seseorang guru agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara professional, efektif, konsisten dan relevan sepanjang perkhidmatan. Namun, tidak dinafikan terdapat beberapa faktor penghalang seperti cabaran pendidikan era digital (PED) yang menyebabkan tahap motivasi PSH tidak konsisten dalam kalangan guru. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap konsistensi motivasi PSH dalam kalangan guru Bahasa Arab (GBA) bagi menghadapi cabaran PED terhadap kompetensi pengajaran mereka. Untuk tujuan ini, seramai 423 GBA sekolah rendah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dalam kajian ini sebagai responden. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kuantitatif secara kaedah tinjauan dan menggunakan instrument soal selidik untuk tujuan pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 24.0. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap konsistensi motivasi PSH dalam kalangan GBA adalah tinggi, iaitu (M = 4.38, SD = 0.653). Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh GBA, pihak sekolah serta organisasi dalam merancang program-program pembelajaran, kursus dan latihan bagi menjadikan GBA lebih bermotivasi seterusnya dapat menjalankan tugas pengajaran dengan lebih kompeten. GBA disaran untuk mengekalkan konsistensi motivasi, fleksibel, berfikiran terbuka terhadap perubahan dan terus meningkatkan keterampilan literasi digital dalam menghadapi PED.
Downloads
References
Antin, A., & Kiflee, D. N. B. A. (2018). Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2), 77-84.
Bashah, M. A., & Zulkifli, H. (2022). Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam dalam Penerapan Pendidikan Digital [Issues and Challenges of Islamic Education Teachers in The Implementation of Digital Learning]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 2(1), 43-55.
Hazwani Hasami & Nor Aishah Buang. (2018). Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia, SI 1(1)(2018): 89-106.
Ibrahim, M., Ibrahim, A. Z., Maamor, S., & Samsi, A. (2015). Pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah melahirkan modal insan kelas pertama. Journal of Holistic Student Development,2(1), 12-22.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2015b. Pembelajaran abad ke-21 : Amalan dan pelaksanaan di sekolah. Buletin Anjakan. Retrieved from http://www.padu.edu.my/files/Anjakan Bil 4 (2015) Final.pdf.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2015. Dimuat turun daripada https://rb.gy/hbzkum.
Najwa Humaira’ Mat Nor & Nik Mohd Rahimi. (2022). Inovasi Guru Dalam Pengajaran Membantu Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Murid Dalam Bahasa Arab Di Sekolah.
Ngongo, V. L., Hidayat, T., & Wiyanto, W. (2019). Pendidikan Di Era Digital. In Prosiding Seminar Nasional Program Pascasarjana Universitas PGRI Palembang.
Noor Shamshinar Zakaria & Nor Azhan Norul’azmi. (2022). Faktor Motivasi Pembelajaran Sepanjang Hayat Terhadap Peningkatan Kompetensi Pengajaran Bahasa Arab Era Endemik. Jurnal Pengajian Islam. Issn: 1823 7126. E-Isssn: 0127-8002. 2022, Vol. 15, Isu 2, Halaman 49-62.
Nor Mohamad Zulhairi Ismail, and Jamalul Lail Abdul Wahab, and Ruzita Md Hassan, (2016) Kepuasan kerja guru dan perbezaannya berdasarkan pencapaian sekolah. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 49-54. ISSN 0128-2735.
Norazlinda, S., & Surendran, S. (2019). Kelestarian pembangunan profesionalisme guru dalam pembelajaran sepanjang hayat. Jurnal Pembangunan Sosial, 22, 11 22. https://doi.org/10.32890/jps.22.2019.12678
Norazwa Binti Ahmad Zolkifli @ Uda (2003). Mengenalpasti Faktor Motivasi dalam Mempengaruhi Proses Pembelajaran Kendiri Pelajar: Tinjauan di Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash dan Lebuh Catur, Ipoh Perak. Projek Sarjana dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan (Teknik dan Vokasional). Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.
Nurul Farhana Jumaat (2018). Peranan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21. Dewan Masyarakat, 10, 28-31
Octavia, S. A. (2019). Sikap dan kinerja guru profesional. Deepublish.
Rosezelenda Abdul Rahman. (2020). Faktor Penglibatan Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam Kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Selangor. Ijazah Sarjana Pendidikan (Perancangan Dan Pentadbiran), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Sylviano Abu Bakar & Hasmadi Hassan. 2019. Tahap Kepengetahuan Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Teknologi Mudah Alih Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC) 1(6): 82–89.
Tawan, A., Nazarudin, M. N., Noordin, Z., Tu, M. M., & Watinin, N. (2020). Hubungan motivasi, kecerdasan emosi dan efikasi dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 4(1), 1-12.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Noor Shamshinar Zakaria, Nor Azhan Norul’Azmi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.