Cabaran Guru Bahasa Melayu Dalam Usaha Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) Penulisan Karangan Argumentatif
The Challenge of Malay Language Teacher in The Effort To Inculcate Higher Thinking Skills (KBAT) in Learning And Facilitating (PDPC) of Argumentative Essay Writing
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v2i2.72Keywords:
Cabaran, pendidikan Bahasa Melayu, KBAT, kajian kes kualitatif, karangan argumentatifAbstract
The advancement of information and communication technology that experience revolution every single day also influenced the development of the educational world today. The teachers as individual responsible for teaching and guiding students in the classroom need to shift their paradigm in relevance to pedagogy implemented. Teachers should be wise in balancing between content knowledge or knowledge that is to be delivered and then interrelate it with other skills, in particular high level thinking skills (KBAT) using mobile technology. It is a necessity for teachers to promote high level thinking skills (KBAT) in learning and facilitating (PdPc) implemented in the classroom. In this study, the researcher will focus on the challenges that need to be faced by the teachers in planning efforts to apply KBAT in PdPc of writing argumentative essay. Qualitative study design by using case study approach was used in this study. Two Malay language teachers who teach form four in a secondary school have been selected as participants in this study and the selection was conducted using the purposive sampling technique. The process of data collection was conducted by conducting in-depth interview of both participants of the study. Meanwhile, the data is analysed through the process of filtering code, determination of criteria and construction of theme. Themes found as result of the challenges in the implementation of KBAT in learning and facilitating of argumentative essay writing are (i) challenge to the knowledge user (students); (ii) challenge to the educator (teacher) and (iii) challenge to the audience (society).
Abstrak
Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi yang saban hari mengalami revolusi turut mempengaruhi perkembangan dunia pendidikan kini. Guru sebagai individu yang bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid di dalam bilik darjah perlu melakukan anjakan paradigma berkaitan pedagogi yang dilaksanakan. Guru seharusnya bijak mengimbangi antara kandungan pengetahuan atau ilmu yang ingin disampaikan dan kemudiannya digabungjalin bersama kemahiran-kemahiran lain khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menggunakan teknologi mudah alih. Adalah menjadi satu keperluan bagi guru membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dilaksanakan di bilik darjah. Dalam kertas kajian ini, penyelidik akan memberikan perhatian pada cabaran yang perlu digalas oleh guru dalam merencanakan usaha menerapkan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Seramai dua orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah telah dipilih sebagai peserta kajian dan dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan cara temu bual secara mendalam bersama-sama kedua-dua peserta kajian. Manakala data-data dianalisis menerusi proses penyaringan kod, penentuan kriteria dan pembinaan tema. Tema yang ditemui sebagai dapatan kajian bagi cabaran penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif terdiri daripada (i) cabaran kepada pengguna ilmu (murid); (ii) cabaran kepada pengamal pendidikan (guru) dan (iii) cabaran kepada khalayak (masyarakat).
Downloads
References
Abdul Halim Abdullah. (2016). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dari Aspek Kurikulum, Pedagogi Dan Pentaksiran. Dalam Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Abdul Halim Abdullah & Yusof Boon, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (hlm 127-149). Skudai: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif Dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik 1(1), hlm. 10-18.
Aminah Ayob. (2003). Siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor Pelantikan 2003/bil.2. Permbelajaran Berasaskan Minda Dan Implikasinya Kepada Pendidikan. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Brudvik, O.C., Hong, K.H., Chee, Y.S. & Guo, L. (2006). Assessing The Impact Of A Structured Argumentation Board On The Quality Of Students' Argumentative Writing Skills. Proceedings Of The 14th International Conference On Computers In Education (hlm. 141-148). Amsterdam: IOS Press.
Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 4, Bil. 2 Nov, hlm. 10-24.
Cho, K.L. & Jonassen, D.H. (2002). The Effects Of Argumentation Scaffolds On Argumentation And Problem Solving. ETR & D, Vol. 50, No.3, hlm. 5-22.
Dornbrack, J. & Dixon, K.(2014). Towards A More Explicit Writing Pedagogy: The Complexity Of Teaching Argumentative Writing. Reading & Writing 5(1), Art, hlm. 1-8.
Goh Ong Sing & Tenaga Pengajar Kursus Bahasa Malaysia IV. (1995). Bahasa melayu kemahiran. Pulau Pinang: Pusat Bahasa dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia.
Helms-Park, R. & Stapleton, P. (2003). Questioning The Importance Of Individualized Voice In Undergraduate L2 Argumentative Writing: An Empirical Study With Pedagogical Implications. Journal of Second Language Writing 12, hlm. 245–265.
James Ang Jit Eng. (2017). Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PDPC) Dalam Pasukan Pemikir Abad Ke-21, Panduan pelaksanaan pendidikan abad ke-21. Bandar Enstek, Nilai Institut Aminuddin Baki.
Kamsiah Abdullah. (2002). Bahasa dan pemikiran – rangkaian penelitian. Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Maimunah Nasir & Hashimah Mohd Yunus. (2017). Peranan Guru Tingkatan Enam Dalam Membentuk Pelajar Terarah Kendiri Dan Meningkatkan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik Bil. 5, Isu 1, Januari, hlm. 1-6.
Maimunah Osman. (2004). Kemahiran Berfikir Siri Pengurusan Intan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Mason, J. (2002). Qualitative Researching. London: SAGE Publication, Inc.
Maxwell, J.A. (2008). Designing a Qualitative Study. Dalam Bickman L. & Rog, D.J., The SAGE Handbook of Applied Social Research Methods (hlm. 214-253). California : SAGE Publications Inc.
Merriam, S.B. (1988). Case Study Research In Education : A Qualitative Approach. San Francisco: Jossey- BassPublishers.
Merriam, S.B. (2009). Qualitative Research A Guide To Design And Implementation :Revised And Expanded From Qualitative Research Case Study Application In Education. San Francisco : Jossey-Bass A Wiley Imprint.
Md.Yusof Dawam. (2006). Mengajar Kemahiran Berfikir Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah: Satu Kajian Di Sebuah Sekolah Di Mersing, Johor. Disertasi Ijazah Sarjana. Fakulti Bahasa: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Nazri Hassan, Ramlee Mustapha, Nik Azimah Nik Yusuffa, Rosnidar Mansor. (2017). Pembangunan Modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah: Analisis Keperluan Guru. Sains Humanika 9: 1-5, hlm. 119–125.
Moore, N.S. & MacArthur, C.A. (2011). The Effects Of Being A Reader And Of Observing Readers On Fifth-Grade Students' Argumentative Writing And Revising. Reading and Writing Volume 25, Number 6, hlm. 1449-1478.
Noriah Mohd Ishak, Siti Fatimah Mohd Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahaya Arifin. (2010). Kajian kes Dalam Noraini Idris, Penyelidikan dalam Pendidikan (Hlm. 345-371). Kuala Lumpur : Mc Graw Hill Education.
Noor Rohana Mansor. (2007a). Monograf Analisis Aras Kogmitif Pembelajaran Bahasa Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Komuniti Pulau Dan Pesisir Pantai. Kuala Terengganu Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Noor Rohana Mansor. (2007b). Aras kognitif soalan. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Preiss, D., Castillo, J.C., Grigorenko, E.L. & Manzi, J. (2013). Argumentative Writing And Achademic Achievement A Longitudinal Study. Learning and Individual Differences 28, hlm. 204–211.
Shamsuddin Muhammad, Ruzlan Md. Ali & Siti Noor Ismail. (2016). Tahap Amalan Penerapan Kemahiran Pemikiran Kritis (KPK) Di Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi, Sederhana Dan Rendah. International Seminar On Generating Knowledge Through Research. (Hlm. 967-976). Sintok: UUM-UMSIDA. 25-27 Oktober 2016.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis & Aliza Ali. (2012). Keprihatinan Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu November Vol., Bil 2, hlm. 19-31.
Siti Hawa Abdullah & Santhiram Raman. (2000/2001). Quantitative & Qualitative Research Methods : Some Strengths & Weaknesses. Jurnal Pendidik & Pendidikan, Jilid 17, hlm. 120-134.
Siti Khairiah Mohd Zubir. (2012). Memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Pelita Bahasa. Bil 10 (8), hlm. 21-25
Stapleton, P. & Wu, Y. (2015). Assessing The Quality Of Arguments In Students' Persuasive Writing: A Case Study Analyzing The Relationship Between Surface Structure And Substance. Journal of English for Academic Purposes 17, hlm. 12- 23.
Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Seni mengarang. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. (2012). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Persepsi Dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, Vol.2 No.1, hlm. 18-36.
Suria Baba & Juriah Long (2010). Pedagogi Bestari Dalam Aktiviti Prapenulisan Bahasa Melayu. Dalam Juriah Long, Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu (hlm. 172-188). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wei Zhu. (2001). Performing Argumentative Writing In English: Difficulties, Processes And Strategies. TESL Canada Journal Vol. 19, No.1, WINTER, hlm. 34-50.
Wolfersberger, M. A. (2007). Second Language Writing From Sources: An Ethnographic Study Of An Argument Essay Task. Unpublished PhD. Second Language Teaching and Learning: The University of Auckland.
Yahya Othman. (2003). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Daripada Perspektif Guru. Jurnal Bahasa Volume 3, No 1, hlm. 136-159.
Yahya Othman. (2009). Keutamaan Bahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pada Sekolah-Sekolah Di Selangor Darul Ehsan, Malaysia. SOSIOHUMANIKA, 2(2), hlm. 216-226.
Yahya Othman. (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu Dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Dewan Bahasa. Bil 14 (5), hlm. 20-24.
Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan Guru Dalam Aspek Pengetahuan Dan Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi KBAT. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional & Teknologi). Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Zulkifli Osman. (2015). Kemampuan Model Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Kemahiran Berfikir Melalui Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Meningkatkan Tahap Motivasi Dan Kemahiran Bahasa Pelajar. PENDETA – Jurnal Bahasa, Pendidikan & Sastera Melayu, Vol. 6, hlm. 181-213.

