Pendekatan pengajaran kursus-kursus berorientasi kitab turath di institusi pengajian tinggi islam malaysia

Approach to teaching courses oriented to the book of turath in malaysian islamic institutions of higher education

Authors

  • Nurzatil Ismah Azizan Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
  • Nazneen Ismail Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
  • Siti Mursyidah Mohd Zin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
  • Kamarulnizam Sani Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Selangor, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
  • Asma’ Abdul Halim Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i2.263

Keywords:

Pengajaran, Turath, Institut Pengajian Tinggi, Islam, Malaysia

Abstract

Pengajian turath merupakan sistem pengajian yang menekankan aspek spiritual dalam proses pengajaran. Pengajian ini menggunakan kitab-kitab turath atau juga dikenali dengan kitab kuning sebagai silibus pengajian. Pengajian kitab turath tidak hanya dipelajari di pondok atau masjid, malah ia telah mula diterima menjadi sistem pengajian formal di Institusi Pengajian Tinggi Islam khususnya di Malaysia. Perkembangan ini membuktikan bahawa kitab-kitab turath yang dihasilkan oleh ulama silam diterima dan diperakui kehebatannya walaupun telah ditulis dalam tempoh beribu tahun.  Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui pendekatan pengajaran turath di institusi pengajian tinggi Islam Malaysia. Kajian ini merupakan kajian jenis kualitatif dengan reka bentuk kajian etnografi, instrumen kajian ialah pemerhatian dan dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati terdapat empat pendekatan pengajaran turath yang tidak digunakan oleh pensyarah daripada 23 pendekatan yang dinilai. Pensyarah yang mengajar subjek-subjek turath di tiga institusi pengajian tinggi Islam Malaysia didapati menggunakan pendekatan pengajaran turath seperti mengaitkan isu semasa semasa pengajaran, membahaskan tajuk kuliah dengan terperinci dan lain-lain pendekatan. Pendekatan yang tidak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah tidak menggabungkan kaedah amali dalam silibus pengajian, tidak menggunakan kekerasan dalam pengajaran dan terdapat satu institusi yang tidak menggunakan pendekatan musyawarah dan menghuraikan tajuk kuliah dengan membawa pandangan dan perbezaan pendapat.   

Turath study is a study system that emphasizes the spiritual aspect in the teaching process. This study uses the books of turath or also known as the yellow book as a study syllabus. The study of the book of turath is not only studied in lodges or mosques, but it has begun to be accepted as a formal study system in Islamic Higher Education Institutions, especially in Malaysia. This development proves that the scriptures produced by scholars in the past are accepted and certified for their greatness even though they were written over a period of thousands of years.  The purpose of this study was to find out the teaching approach of turat in Islamic institutions of higher learning in Malaysia. This study is a qualitative study with an ethnographic research design, the research instrument is observation and analyzed with an inductive approach. The results of the study found that there were four turat teaching approaches that were not used by lecturers out of 23 approaches that were evaluated. Lecturers who teach turath subjects at three Malaysian Islamic institutions of higher learning are found to use turath teaching approaches such as relating current issues during teaching, debating lecture topics in detail and other approaches. The approach that is not used in teaching and learning is not incorporating practical methods in the study syllabus, not using violence in teaching and there is one institution that does not use a deliberative approach and elaborates the lecture title by bringing views and differences of opinion.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor (2017). Elemen kemahiran pensyarah cemerlang Pendidikan Islam di Politeknik Premier: Satu kajian rintis. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 2(2). https://www.researchgate.net/publication/293097760_Elemen_Kemahiran_Pensyarah_Cemerlang_Pendidikan_Islam_di_Politeknik_Premier_Satu_Kajian

Azmil Hashim, Nazirul Izzati Ani, & Mohd Marzuqi Abdul Rahim. (2018). Strategi Pengajaran Tafsir Al-Quran dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education, 10(2), 1–9. https://journalarticle-ukm-my.translate.goog/20904/

Baiq Tuhfatul Unsi (2018). Konsep Metode Pembelajaran Ibn Khaldun Dalam Pengajaran Bahasa Arab. Muróbbî: Jurnal Ilmu Pendidikan Volume 2, Nomor 1, Maret 2018; p-ISSN 2579-4191; e-ISSN 2580-6963; 60-71. https://jurnal.iaibafa.ac.id/index.php/murobbi/article/view/125

Haidar Putra Daulay dan Nurgaya Pasa. (2013). Pendidikan Islam dalam Lintasan Sejarah: Kajian dari Zaman Pertumbuhan Sampai Zaman Kebangkitan. Medan: Prenada Media Group.

Hasan Asari. (2018). Sejarah Pendidikan Islam: Membangun Relevansi Masa Lalu dengan Masa Kini dan Masa Depan. Medan: Perdana Publishing.

Merriam, Sharan B. (2002). Qualitative research in practice: Example for discussion and analysis. San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Nabilah Husna Ikhsan, Haziyah Hussin (2023). Kaedah Pengajian Tafsir Al-Quran Di Malaysia: Sorotan Literatur Dari 2018-2023. Jurnal Pengajian Islam. Vol. 16, Isu 2, Halaman 168-181. https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/285

Norullisza Khosim, Hayati Hussin, & Abdulloh Salaeh. (2018). Lima Bentuk Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Tafsir Maudu’i dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Journal of Fatwa Management and Research, 645–659. https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/208

Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2021). Kemahiran Pensyarah Pendidikan Islam Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J). eISSN2600-769X, 4(2), 1-15. https://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/73

Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail , Siti Mursyidah Mohd Zin , Nur Fatihah Zainuddin (2021). Metode Pengajian Tafsir Al-Quran Institusi Pondok Di Malaysia. Jurnal Pengajian Islam. 2021, Vol. 14, Special Edition, Halaman 50-58. https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/75

Qutrennada Rosli & Ahmad Yunus Mohd Noor. Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di Maahad Darul Hadis, Alor Setar, Kedah: Tinjauan Awal. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 7 (2015): 131-138. https://www.researchgate.net/publication/291336964_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Hadith_di_Maahad_Darul_Hadis_Alor_Setar_Kedah_Tinjauan_Awal

Shumsudin Yabi, Syulhanif Kadri, Zulhilmi Mohd Nor, Mohd Fauzi Mohd Amin (2017) Pengajaran Kursus Ulum Hadith Di Institusi Pengajian Tinggi Awam: Tinjauan Literasi Terhadap Pendekatan Pengajaran Masa Kini. Journal of Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah Vol. 13, No. 14, (2017), pp. 76-84 https://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/100

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Faridah Binti Che Husain. (2008). Pendekatan Individu Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Bertamadun. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 141-156, https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6360

Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Bunyamin Abdul Rahman, Haziyah Husin, & Hamdi Ishak. (2020). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajian dan Pembelajaran Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 6(1), 10–21

Published

2024-12-28

How to Cite

Azizan, . N. I., Ismail, N., Mohd Zin, S. M., Sani, K., & Abdul Halim, A. (2024). Pendekatan pengajaran kursus-kursus berorientasi kitab turath di institusi pengajian tinggi islam malaysia: Approach to teaching courses oriented to the book of turath in malaysian islamic institutions of higher education. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 8(2), 143–152. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i2.263