Evaluasi tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar UMSKAL berkaitan kursus integriti dan antirasuah: implikasi terhadap kurikulum pendidikan tinggi
Evaluation of the level of knowledge and understanding of UMSKAL students related to integrity and anti-corruption courses: implications for the higher education curriculum
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v9i1.288Keywords:
Integriti, Antirasuah, Kurikulum Pendidikan Tinggi, Penilaian Pelajar, Reformasi KurikulumAbstract
Abstrak
Pengenalan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif proaktif dalam mereformasi kurikulum ke arah melahirkan graduan beretika dan berintegriti. Kajian ini menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap KIAR serta implikasinya terhadap pengukuhan nilai dalam kurikulum pendidikan tinggi. Peningkatan kes rasuah, termasuk penglibatan golongan muda, mengukuhkan keperluan pendidikan nilai yang lebih menyeluruh di IPT. Bagi tujuan ini, kajian awal telah dilaksanakan melibatkan 66 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang telah mengikuti kursus KIAR. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik atas talian menggunakan platform Microsoft 365 Office, dan dianalisis menerusi teknik frekuensi dan skala Likert. Tiga objektif utama kajian ialah menilai tahap pengetahuan pelajar tentang KIAR, menganalisis pengaruhnya terhadap pengamalan nilai integriti, serta mengenal pasti implikasi terhadap penambahbaikan kurikulum. Dapatan menunjukkan bahawa kursus ini berupaya meningkatkan pengetahuan asas pelajar berkaitan integriti dan antirasuah. Walau bagaimanapun, pelajar masih menunjukkan tahap pemahaman yang terhad terhadap konsep-konsep tertentu, khususnya dalam membezakan antara rasuah dan pemberian hadiah. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan kurikulum yang lebih holistik dan relevan dalam usaha memperkukuh nilai integriti dalam kalangan warga IPT.
Abstract
The introduction of the Integrity and Anti-Corruption Course (KIAR) as a General Studies subject (MPU) in higher education institutions (HEIs) is a proactive initiative to reform the curriculum towards producing ethical and integrity-driven graduates. This study evaluates students’ level of knowledge and understanding of KIAR and its implications for strengthening values in higher education curricula. The rising number of corruption cases, including the involvement of youth, reinforces the need for more comprehensive value-based education in HEIs. To address this, a preliminary study was conducted involving 66 students from Universiti Malaysia Sabah, Labuan International Campus (UMSKAL) who had completed the KIAR course. This study employed a quantitative approach, with data collected via an online questionnaire using the Microsoft 365 Office platform and analysed using frequency and Likert scale techniques. The study aimed to achieve three main objectives: to assess students' knowledge of KIAR, to analyse its impact on the practice of values, and to identify its implications for curriculum enhancement. The findings indicate that the course successfully increased students' basic knowledge of integrity and anti-corruption. However, students still demonstrated limited understanding of certain concepts, particularly in distinguishing between corruption and gift-giving. It is hoped that this study will contribute to the improvement of a more holistic and relevant curriculum to strengthen integrity values among members of HEIs.
Downloads
References
Al-Maraghi, A. H. (2001). Tafsir al-Maraghi. Kaherah: Dar al-Fikr.
Al-Quran dan Terjemahan
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia. (2024). Prospek 2025. Laporan Tahunan MACA 2024. Dalam https://gmaca.sprm.gov.my/media/uploads/portal/laporan_tahunan/pdf/LaporanTahunan_1115_PDF_BM.pdf?utm_source=chatgpt.com. Diakses pada 07 April 2025.
Astro Awani. (2022, Jun 07). Kursus Integriti dan Antirasuah di IPT Pastikan Pelajar Cakna Kesan Rasuah – MPKK. Dalam Kursus Integriti dan Antirasuah di IPT pastikan pelajar cakna kesan rasuah - MPPK | Astro Awani. Diakses pada 20 Februari 2025.
Ayu Nor Azilah, M., Zahanim, A., Hamdi, K. K., & Ahmad Adib Akmal, A. S. (2023). Kajian Pemahaman Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Di Lembah Klang Tentang Ciri-Ciri Rasuah Dalam Proses Pembelajaran. International Conference on Syariah & Law 2023 (ICONSYAL 2023). 15 November 2023.
Azri, S. (2023). Kualiti dan Kebolehpasaran Graduan Kolej Vokasional. Jurnal Penyelidikan Teknokrat. II, (24), 88-109.
Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia. (2023). Selamatkan Belia Dari Gejala Rasuah. Dalam https://audit.upm.edu.my/. Diakses pada 24 Februari 2025.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2018). Research methods in education (8th ed.). Routledge
Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. Sage Publications.
Georgetown University. (2025). Kennedy Institute of Ethics (KIE). Dalam https://kennedyinstitute.georgetown.edu/. Diakses pada 24 Februari 2025.
Hadijah, J., & Anas Suzastri, A. (2024). Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR): Impak Terhadap Sikap dan Tingkah Laku Mahasiswa Dalam Menangani Cabaran Rasuah. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-9 (PASAK9 2024). 17-18 Julai 2024.
Heliany, I., Asmadi, E., Sitinjak, H., & Lubis, A. F. (2023). The Role of Corruption Education in Combating Corruption Crimes in The Future. JPH: Jurnal Pembaharuan Hukum. 10 (2), 256-270.
Jamal @ Nordin, Y. (2022). Peluang dan Cabaran Pendidikan Tinggi Di Era Society 5.0 Dalam Konteks Pendidikan Tinggi di Malaysia. Management Research Journal. 11(2), 74-79.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2024). Kurikulum Pendidikan Tinggi: Penekanan Terhadap Integriti. Dalam https://www.mohe.gov.my/kurikulum-integriti . Diakses pada 29 Ogos 2024.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (2022). Integriti dan Pendidikan Tinggi: Langkah-Langkah Strategik. Kuala Lumpur: SPRM.
Mohamad Tarmize, A.M. (2020). Pencegahan Rasuah Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC2020). Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohamed Zin, M., Che Din, M. A., Mohd Arifin, A., & Che Ahmad, N. K. (2023). Persepsi Awal Para Pelajar Kejuruteraan Teknologi Di Universitas Swasta Terhadap Amalan Rasuah (Korupsi) Di Dalam Kerjaya. Journal of Digital Education, Communication, and Arts. 6 (2), 88-98.
Mohd Zain @Matjin, L., Bikar Singh, S. S., Rabe, Z. R., Abdul Rajun, I. S., & Manining, A. (2024). A Theoretical Framework to Study the Impact of Integrity Practises on Teachers Quality in Rural Schools. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(1), p. e002319. doi: 10.47405/mjssh.v9i1.2319.
Mohd Zulfaqar, M. N. (2021). Perkembangan dan Cabaran Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 6 (6), 169-177. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.808
Neuman, W. L. (2014). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Pearson.
Rahman, A. A., Abd Aziz, M. Y., Salleh, A. Z., & Kamarulzaman, A. N. (2024). Peranan Kerajaan Dalam Pendidikan Antirasuah Di Malaysia Dan Impaknya Terhadap Masyarakat. Jurnal Pengurusan Fatwa dan Penyelidikan Fatwa. 29 (1), 129–141. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no1.574
Ruslan, H., Farid, M. Z., Kaseh, A. B., & Azmul Fahimi, K. (2020). Kefahaman Nilai Etika Dan Moral Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Sorotan Literatur. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. 21, 126–141. https://doi.org/10.17576/malim-2020-2101-10
Rusli, P. R., Djaafar, L., & Mozin, N. (2023). Strategi Membangun Kesadaran Moral Anti Korupsi Pada Siswa di SMAN 4 Gorontalo. Jurnal Review Pendidikan dan Pengajaran. 7 (2), 3567-3578.
Septiliana, L., Shaleh., Fina Hanifah, H. (2024). Landasan Etika Mahasiswa Dalam Menghadapi Tantangan Era Revolusi 4.0. Jurnal Tarbiyah dan Ilmu Keguruan Borneo. 5 (2), 147-158.
Sinar Harian. (2022, 04 Jun). Kursus Integriti, Antirasuah Diwajibkan di IPT Tahun Depan.
Sugiyono. (2017). Metode Penelitian Kuantitatif, Kualitatif dan R & D. Bandung: Alfabeta.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (2021). Laporan Tahunan Integriti dan Antirasuah 2020. Putrajaya: SPRM.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Norcikeyonn Samuni, Suhailah Abdul Muin , Nor-Ina Kanyo

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.