Analisis Bibliometrik Terhadap Kajian Berkaitan Masyarakat Madani Dalam Pengkalan Data Mycite

Bibliometric Analysis Of Civil Society In The Mycite Database

Authors

  • Norashikin Ahmad Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Shukri Hanapi Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.208

Keywords:

masyarakat madani, bibliometrik, pengkalan data MyCite

Abstract

Masyarakat madani adalah masyarakat yang maju dari aspek pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Ketiga-tiga aspek tersebut membentuk gaya hidup masyarakat dengan menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan dari sudut fizikal dan spiritual. Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Dasar Malaysia Madani. Dasar ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang membangun, sejahtera, berdaya saing dan dan harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, makalah ini dilakukan untuk meneliti artikel berkaitan madani dalam pengkalan data MyCite. Persoalannya, apakah perkembangan penerbitan dan bentuk taburan kajian berkaitan madani? Apakah tema utama yang dibincangkan dalam kajian berkaitan madani? Apakah ciri-ciri kolaborasi kajian madani dalam kalangan pengkaji dan latar belakang affiliasi? Berdasarkan persoalan tersebut, makalah ini dihasilkan bagi mencapai tiga tujuan utama. Pertama, mengenal pasti perkembangan kajian madani dan bentuk taburannya; kedua, meneliti tema utama pengkajian berkaitan madani; dan ketiga, mengkaji ciri-ciri kolaborasi antara pengkaji berkenaan madani. Bagi memastikan semua tujuan ini tercapai, makalah ini menggunakan kaedah bibliometrik terhadap artikel-artikel yang ditemui. Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, terdapat 11 dokumen yang membincangkan berkenaan madani dalam pengkalan data MyCite. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya jurang kajian yang sangat ketara berkenaan madani.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah, S., Hussin, N, S., Tunku Ahmad, T, S., Rose N, N., Basir, S N, A., Azmin, A, A. & Ramil, A J. (2023). Masyarakat Madani di Malaysia: Satu Penilaian. Prosiding Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan baudaya Nusantara(SUTERA) ke-2. Penerbitan UNIMAP: Perlis.

Ahmi, A., & Mohamad, R. (2019). Bibliometrik analysis of global scientific literature on web accessibility. International Journal of Recent Technology and Engineering, 7(6), 250-258.

Ahmi, A., & Mohd Nasir, M. H. (2019). Examining the rend of the research on extensible business reporting langguage (XBRL): A bibliometric review. International Journal of Innovation, creativity and Change, 5(2). 1145-1167.

Bahari, C, A. & Abdullah, F. (2019). The role of Muslim women in civil society in promoting values and principles for building peace: Action guide from the Qur’an. Sains Insani, 4(1), 30-36.

Durieux, V., & Gevenois, P. A. (2010). Bibliometric indicators: Quality measurements of scientific publication. Radiology, 255(2), 342-351. http://doi.org/10.1148/radiol.09090626.

Ibrahim, A. (2023). Membangun Negara Madani: Visi dan kerangka dasar reformasi. Institut Darul Ehsan: Selangor.

Ishak, Arshad, Fakhruddin, Ismail, Ismail, Ahmad, Ramlan, Abdullah, Mat Saad & Syed Sahuri. (2021). Tinjauan tahap prestasi peranan guru Pendidikan Islam sebagai pemangkin Perubahan ke arah pembetukan masyarakat madani melalui kaedah Pendidikan Islam tidak formal. Sains Insani, 6(1), 25-34.

Ismail, D., Wan Khairuddin, W, K, F. & Muhammad, M. (2014). Barnamij J-Qaf fi khidmah al-Quran atharih wa masyakilih. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 8, 41-60.

Mansor, N, R. (2020). Mengupayakan pemikiran aras tinggi: Menyejahterakan masyarakat madani. Journal of Business and Social Development, 8(2), 77-89.

Mansor, R, S. (2019). Membina masyarakat madani kelas pertama. Dewan Tamadun Islam. Bil 9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman, A. (2003). Fikiran dan interpretan dalam bahtera madani. Jurnal Bahasa, 3, 1-48.

Rashid, R, A., Abdullah, N. @ Ng Siew Boey & Mohamed Abdelgelil, M, F. (2021). Meneladani muamalat nabi dan para sahabat terhadap non amuslim serta pengalaman MACMA di Terengganu. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 22(2), 194-206.

Sariyan, A. (2002). Bahasa dan pendidikan bahasa dalam konteks pembinaan tamadun dan masyarakat madani. Jurnal Bahasa, 2(1), 1-28.

Zhang, X., Chen, H., Wang, W., & Ordonez, P. (2016). What is the role of IT in innovation? A bibliometric analysis of research development in IT innovation. Behaviour & Information Technology, 35(12), 1130-1143.

Published

2024-06-30

How to Cite

Ahmad, N. ., & Hanapi, M. S. . (2024). Analisis Bibliometrik Terhadap Kajian Berkaitan Masyarakat Madani Dalam Pengkalan Data Mycite: Bibliometric Analysis Of Civil Society In The Mycite Database. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 8(1), 266–277. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.208