Pengamalan Komunikasi Kemanusiaan Pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah dalam Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)

(The Practice of Humanistic Communication of Lecturers in Politeknik Sultan Azlan Shah in Teaching and Learning)

Authors

  • Zulkefli Aini Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Abu Hashim Saad Politeknik Sultan Azlan Shah, 35950 Behrang, Perak

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v2i1.166

Keywords:

Humanistic Communication, teaching learning and consultation, soul, mind, heart

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengamalan komunikasi kemanusiaan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Secara khususnya, kajian ini membincangkan tentang komunikasi kemanusiaan menerusi tiga unsur utama iaitu al-Nafs (jiwa), al-`Aql (akal) dan al-Qalb (hati). Seramai 60 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Responden yang dipilih terdiri daripada pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan skor kekerapan, peratusan dan min dalam menganalisa hasil kajian. Manakala, kaedah analisis secara statistik inferensi ANOVA juga digunakan bagi mencari perbezaan dan ramalan dalam menentukan dapatan bagi kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah kerap mengamalkan komunikasi kemanusiaan dalam sesi PdPc mereka. Bagi komunikasi kemanusiaan menerusi unsur al-Nafs (jiwa) keseluruhan, dapatan kajian terhadap item soalan tersebut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah (min= 4.47). Sementara itu, menerusi unsur al-Aql (akal) nilai purata min keseluruhan adalah tinggi iaitu (min=4.27) manakala komunikasi kemanusiaan melalui unsur al-Qalb (hati) mendapati nilai purata min keseluruhan juga adalah tinggi iaitu (min=4.27). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengamalan komunikasi kemanusiaan dalam kalangan pensyarah PSAS yang berlainan daripada aspek taraf pendidikan dan pengalaman mengajar. Beberapa implikasi telah dikemukakan hasil daripada dapatan kajian yang dapat membuktikan kerelevenan kajian yang dijalankan.

Abstract

This study aims to identify the implementation of humanistic communication in the learning and consultation among lecturers of Polytechnic Sultan Azlan Shah. This study, particularly discuss the aspect of humanistic communication through three (3) main elements ie. Al Nafs (soul), Al- `Aql (mind) and al-Qalb (heart). 60 respondents consist of lecturers from Polytechnic Sultan Azlan Shah were selected to answer the questionnaire which was prepared by the researcher. Collected data are analyzed using descriptive statistical approach utilizing mean, mode and percentage while inferential statistical analysis (ANOVA) is also used in detecting the differences and forecasting in in determining the findings of the study. The findings of the study show that lecturers of Polytechnic Sultan Azlan Shah frequently practice humanistic communication in their teaching, learning and consultation. The overall findings on the aspect of Al- Nafs (soul) marks the highest with the mean of 4.47, al- Aql (mind) and al- Qalb (heart) are respectively high with the mean of 4.27. This study also shows that there is no significant difference in the application of humanistic communication among lecturers from different level of education background and teaching experience. The evidence of relevancy has been proven with the highlighting of several implications produced from the findings of the study.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Rahman Abu Bakar. (1996). Komunikasi Bilik Darjah. Maktab Perguruan Kota Bahru, Pengkalan Chepa, Kelantan: Jurnal Akademik.

Armawati Arbi. (2012). Intrapersonal Communication as Root of Islamic Communication. Kertas Kerja Prosiding Annual International Conference on Islamic Studies, 5-8 November 2012.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhamed bin Muhammad. 1980. Ihya’ Ulum al-Din. Al-Qahirah: Subhul al-

`Arab

Ee Ah Meng. (2003). Psikologi Pendidikan II. Edisi Kedua. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hashim Deraman, Suhaimi Yusof, Ruslei Abdullah & Shaari Nawi. (2007). Komunikasi Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran. Dlm. Sulaiman Md. Yassin, Mohd Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar (pnyt.). Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Khairul Anuar A. Rahman. (2012). Disposisi Guru Berkesan: Personaliti Dan Kemahiran Komunikasi.

Jurnal Akademika, 82(2) 2012: 37-44.

Khan, Alamgir., Khan, Salahuddin., Islam, Syed Zai-Ul., Khan, Manzoor. (2017). Communication Skills of a Teacher and Its Role in the Development of the Students’ Academic Success. Journal of Education and Practice, Vol. 8, No.1, 18-21.

Mazdalifah. (2004). Komunikasi Intrapersonal Ditinjau Dari Sudut Pandang Psikologi Komunikasi.

Jurnal Pemberdayaan Komunitas. September, Vol 3 Bilangan 3, 123-127.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. (2014). Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan. Vol. 5, 59-77.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Safar Hashim dan Fatimah Yusoff. (1988). Komunikasi antara manusia: Ciri-ciri penting dalam komunikasi peribadi dan komunikasi awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Mohd Safiee Hj. Idris, Hj. Ashari Sikor, Siti Zahara Binti Mohd Ariff, Mohd Zaid Mustafa, Ahmad Rizal Madar dan Latifah Md. Ariffine. (2008). Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Mohd Shahudin Karim, Rosy Talin, Bahari Md Shah, Lee Bih Ni & Musirin Mohsin. (2016). Ciri Personaliti Berkualiti Guru Dalam Pengajaran: Sebuah Kajian Kes Dalam Kalangan Guru Sejarah Tingkatan Enam Di Daerah Penampang, Sabah. International Conference on Language, Literature, Culture and Education 30th & 31st January, 2016, hlm. 19-28

Mok Soon Sang. (2011). Falsafah Pendidikan, Kurikulum & Profesionalisme Keguruan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muste, Delia. (2016). The Role of Communication Skills in Teaching Process. The Europen Preceedings of Social Behavioural Scinecess (EpSBS). 22 December 2016.

Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. (1990). Guru dan Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sulaiman Md Yassin, Mohd. Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar (pnyt.). (2002). Komunikasi dalam Pengajaran dan Kepemimpinan Pendidikan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Syofia Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2013). Kemahiran Komunikasi Interpersonal Ekspresif: Mencipta Guru Bahasa Indonesia Yang Penyayang. GEMA Online™ Journal of Language Studies, Volume 13(1), 139 – 154.

Published

2018-06-30

How to Cite

Aini, Z. ., & Saad, A. H. . (2018). Pengamalan Komunikasi Kemanusiaan Pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah dalam Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC): (The Practice of Humanistic Communication of Lecturers in Politeknik Sultan Azlan Shah in Teaching and Learning). ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 2(1), 47–57. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v2i1.166

Most read articles by the same author(s)