Kajian Rintis Tahap Kompetensi Pengetahuan Guru Terhadap Penggunaan Bahan Berasaskan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Kelas KAFA Menengah Negeri Selangor
A Pilot Study of Teachers' Competency Levels on the Use of Technology-Based Materials in Teaching and Learning in the Selangor State Secondary KAFA Class
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.210Keywords:
kompetensi, kelas KAFA menengah, pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar berasaskan teknologiAbstract
Kegagalan guru dalam melaksanakan PdP menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi adalah disebabkan masalah kompetensi. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Aspek ini sebagai penentu bagi memastikan guru dapat menguasai penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pengetahuan guru terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi di kelas KAFA menengah (KKM) Negeri Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif menggunakan set soal selidik yang telah disahkan oleh tiga orang pakar bidang. Kajian rintis mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha α = 0.97. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang guru Kelas Kafa Menengah di Selangor yang telah dipilih daripada 3 buah sekolah menengah di daerah Selangor. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens iaitu kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru adalah sederhana tinggi (min = 4.07, SP = 0.45). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru KKM perlu lebih banyak latihan untuk menggunakan BBM yang berasaskan teknologi semasa PdP selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21.
Downloads
References
Ahmad, A. M. (2009). Tahap Kesediaan Pengetahuan Dan Kemahiran Amali Guru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Ariffin, N. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Sikap, Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam MataPelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Di Batu Pahat. Projek Sarjana .
Ariffin, S. (2006). Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tesis Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Asas Pendidikan .
Azura binti Mohd Nor & Sabariah binti Sharif, (2018). Penggunaan Bahan Visual Di Kalangan Guru Teknikal: Universiti Malaysia Sabah.
Azliza, C. M., & Lilia, H. (2002). Reka Bentuk Dan Keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Multimedia Pendekatan Konstruktivisme Bagi Sains Kbsm. Jurnal Teknologi , 19-38.
Abdul Halim Masnan, N. E. (2019). Pengetahuan Pengajaran dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak, 33-41.
Akhimullah Abd Hamid, A. R. (2019). Concept, Issues and Challenges for Effective Facilitations in History Education. Social Sciences, Education and Humanities Vol (2), 176-181.
Bordeianu, A. D. (2019). Exploring Global Competencies for Future Educators: Investigating Students 39; Global Competency Level in Teacher Preparation Programs-Traditional Versus Global Education (Doctoral dissertation, Oakland University).
Buntat., Y. &. (2012). Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar. JournalOf Educational Psychology And Counseiling, Volume 2 ,175- 208.
Baharuddin Aris dan Norsyafrina Abd Rahman (2010). Pembangunan Kamus Fizik InteraktifBerasaskan Web: AskPhysics. Projek Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Chee, J. N. (2018). Isu Pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi dalamkalangan guru prasekolah. . JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(1), 7-21.
Haslina binti Hamzah, N. S. (2017). Hubungan Cabaran Guru Bukan Opsyen, Kurikulum Dan Iklim Sekolah Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Beberapa Sekolah Rendah Agama Jais Daerah Hulu Langat Selangor. Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan (SPEN2017).Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Hasnah, I. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu Dalam Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 56-65.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrayajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017).Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Naquiah Nahar, & Jimaain Safar. (2018). Penguasaan pengetahuan kandungan (content knowledge): pemangkin keterampilan pedagogi Jawi berkesan abad ke-21. Jurnal Teknikal & Sains Sosial, 8(1), 45-59.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Maya Shafiqah Shaharom, Mohd Faeez Ilias, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Hasrol Basir, Mohd Amin Mohd Noh
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.