Profil Isu Sosioemosi Pelajar Pintar Dan Berbakat
Profile of Socio-Emotional Issues of Intelligent and Talented Students
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.192Keywords:
Sosioemosi, Pelajar, Pintar dan BerbakatAbstract
Perkembangan tidak selari (asyhnchronous development) telah menyebabkan konflik-konflik sosioemosi dalam kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat (PPB) apabila kemampuan sosial dan emosi mereka tidak berkembang seiring dengan kemampuan intelektual mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan meneroka isu sosio emosi yang dihadapi serta kesan permasalahan dan faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan gabungan (mixed-method) dan seramai 217 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Asas 1 hingga Tahap 2 di Pusat Genius@Pintar Negara, UKM. Kajian ini menggunakan instrumen Tekanan Sosio-emosi Pelajar (ITSeP) , The Overexcitability Questionnaire-Two (OEQII) dan Multidimensional Perfectionism Inventory.Hasil kajian berkaitan keinginsempurnaan mencatatkan skor yang tinggi bagi semua komponen dimana komponen keinginsempurnaan kendiri sebagai komponen tertinggi (4.58) dan komponen keiginsempurnaan terhadap orang lain yang terendah (4.08). Hasil kajian berkaitan keterujaan luarbiasa pula menunjukkan komponen emosi merekodkan nilai tertinggi (3.75) dan komponen psikomotor sebagai komponen terendah (3.13). Bagi analisis tekanan emosi, komponen tekanan keadilan mencatatkan nilai tertinggi (4.07) manakala komponen tekanan kekeluargaan sebagai komponen terendah (2.29). Dapatan kualitatif menunjukkan bahawa faktor-faktor pencetus permasalahan sosioemosi adalah disebabkan oleh personaliti peribadi, genetik dan persekitaran yang akhirnya memberi kesan kepada kehidupan harian. Implikasi kajian ini adalah dapat dijadikan sebagai rujukan oleh ibubapa, pendidik terutama kaunselor untuk memahami isu sosio emosi yang dialami oleh pelajar pintar dan berbakat. Pengetahuan yang diperolehi sekaligus dapat membantu merancang strategi yang bersesuaian untuk meningkatkan perkembangan pelajar secara holistik.
Downloads
References
Abu Yazid Abu Bakar. (2014). Perkhidmatan Kaunseling Pelajar Pintar Berbakat. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia
Abu Yazid Abu Bakar & Aliza Alias. (2009). Sokongan psikologikal dan sosio-emosi pelajar pintar cerdas. Dlm. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin. (pnyt). PERMATApintar: Pengalaman UKM, hlm. 111- 120. Bangi: Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebnagsaan Malaysia
Aliza Alias & Hamidah Yamat. (2009). Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas. Dlm. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin. (pnyt). PERMATApintar: Pengalaman UKM, hlm. 111-120. Bangi: Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebnagsaan Malaysia
Diani Mardiana Mat Zin, Amirah Zainun, Farhana Abdul Razak. (2017). Tekanan Emosi Dalam Kalangan pelajar Pintar dan Berbakat. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issur. e-ISSN: 2289-8042
Leyden, S. (2013). Supporting the Child of Exceptional Ability. ProQuest (Firm)
Lovecky, D. V. 1993. The quest for meaning: Counseling issues with gifted children and adolescents. In L. K. Silverman (Ed.), Counseling the gifted and talented (pp. 29–47). Denver, CO: Love Publishing.
Pamela, Li. (2023) Asynchronous Development of A Gifted Child And Their Unique Needs. Parenting for Brain. https://www.parentingforbrain.com/asynchronous-development/
Noriah, M. I., & Abu Yazid, A. B. (2010a). Psychological issues and the need for counseling services among Malaysian gifted students. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 5, 665–673.
Noriah, M. I., & Abu Yazid, A. B. (2010b). Counseling for gifted students: implication for a differentiated approach. The International Journal of Learning., 17(6), 377–391.
Ng Sen Fa (2005). Rahsia Individu Pintar Cerdas dan Masalah Mereka. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian. (2005). Masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas. Makalah Pendidikan Universiti Maalya : 5-12
Tomlinson, Sally (2008). Gifted, talented and high ability: selection for education in a one‐dimensional world. Oxford Review of Education. 34(1), 59–74.
Yoo J.E. & Moon S.M. 2006. Counseling needs of gifted students: an analysis of intake forms at a university- based counseling center. Gifted Child Quarterly. Vol 50, No 1
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Nur Hidayah Muhamad Saleh

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.